Tentang Habibi Batik


~ KENALI HABIBI BATIK ~



HABIBI BATIK, salah sebuah pelopor terkenal di dalam industri batik sutera di Malaysia. Sehingga ke hari ini, HABIBI BATIK telah lebih 35 tahun berkecimpung di dalam industri. Justeru, tidak hairanlah mengapa HABIBI BATIK dikategorikan sebagai pakar dan handalan di dalam industri batik Negara!

HABIBI BATIK yang namanya yang masyur pada hari ini, telah diasaskan oleh Sayed Othman bin Sayed Abu Bakar Al Idrus iaitu anakanda kepada Allahyarham Tuan Sharif yang berasal dari Hiliran, Kuala Terengganu. Minat beliau yang mendalam beserta dengan kesungguhan dan iltizam untuk membangun di dalam industri batik ini telah mengangkat HABIBI BATIK standing nama-nama besar di dalam industri batik tanahair.

Hari ini, setanding dengan kepesatan kemajuan industri batik, HABIBI BATIK diterajui oleh pewaris-pewaris pelopornya iaitu Sharifah Noorull Amrinaa selaku Pengurus Jualan bergandingan dengan Sayed Ahmad Amir Firdaus selaku Pengurus Pemasaran.

Bertapak kukuh di dalam industri, HABIBI BATIK berperusahaan di Chendering, Kuala Terengganu dan berjualan di alamat:

PPA 33 Tingkat Atas
Pasar Besar Kedai Payang
Kuala Terengganu


Jaminan kualiti tiada tolak bandingannya lagi bagi setiap helai batik sutera HABIBI BATIK. Setiap helai batik sutera kami diperbuat dari kain sutera gred A dari China. Dicanting khas, halus berserta cirri-ciri seni tersendiri dari handalan-handalan kami. Diadun warna-warna yang indah dari bahan pewarna Jerman iaitu Reamazol dan Soarazol.

Justeru, laman HABIBI BATIK ini adalah yang terbaik bagi anda yang mementingkan kualiti, kehalusan seni, kepuasan memakai dan setanding dengan nilai wang anda!



Hubungi:-

PPA 33 Tingkat Atas
Pasar Besar Kedai Payang
Kuala Terengganu.

Sharifah Noorull Amrinaa