Jenis-jenis Fabrik



JENIS-JENIS KAIN SUTERA HABIBI BATIK

Kain benang sutera yang telah wujud di Negara China sejak tiga milinium sebelum Masihi lagi, kini telah pun berada di seluruh pelusuk dunia. Tidak terkecuali Malaysia, terutamanya Terengganu yang terkenal dengan pembuatan halus batik-batik suteranya.

Sutera sebenarnya ialah gentian protein semulajadi yang kemudiannya ditenun menjadi tekstil. Hasil ujikaji dan penemuan-penemuan terbaru telah membawakan kepada kita pelbagai jenis fabrik sutera pada hari ini.

Habibi Batik, sebagai salah sebuah pelopor industri batik sutera Terengganu tidak terkecuali menghasilkan hanya batik-batik sutera terbaik dari fabrik-fabrik sutera bermutu tinggi.

Antara fabrik sutera Habibi Batik:

~ Kain Sutera Jacquard

Antara jenis sutera yang popular. Habibi Batik hanya menggunakan Sutera Jacquard no. 1 sahaja. Menggunakan hanya sutera Shantung China yang sememangnya terkenal dengan kualiti terbaik di dalam industri batik sutera.
Menjadi pilihan ramai kerana kainnya yang lembut, sejuk dan selesa dipakai dan kainnya tidak mudah pecah apabila digosok atau dibasuh. Disamping itu harganya juga berpatutan dan mampu milik.
Ditambah pula dengan hasil kerja tangan pencanting batik kami yang berkemahiran tinggi, maka terhasillah koleksi Sutera Jacquard yang hebat untuk anda!


~ Kain Sutera Crepe

Juga antara yang popular. Kainnya agak nipis tetapi tidaklah senipis chiffon. Bergantung kepada pemakai samada hendak memasang alas baju (lining) atau tidak. Kebiasaannya tidak perlu, memandangkan kainnya yang tidaklah terlalu jarang.
Jenis kain ini sangat lembut dan sejuk dan semestinya juga amat selesa dipakai.


~ Kain Sutera Satin

Antara koleksi kain sutera terbaik dari kami. Memiliki kualiti sutera yang sangat tinggi dan amat sedap dipakai.
Kain jenis ini nipis, lembut dan halus buatannya justeru itu harganya pon agak tinggi berbanding yang lain.
Walaubagaimanapun, membeli sutera ibarat ‘alah membeli menang memakai’.





~ Kain Sutera Jacquard-Chiffon

Rekaan terkini di dalam industri batik sutera. Namun begitu kain chiffon nipis maka perlulah dibuat alas baju (lining).
Biasanya gabungan kain ini dijadikan dalam bentuk 2 meter sutera jacquard yang selalunya dijadikan kain dan 2 meter lagi dari jenis chiffon untuk baju.
WALAU APA JENIS KAIN SEKALIPUN, JAMINAN HANYA YANG TERBAIK DARI HABIBIBATIK KHAS UNTUK SEMUA.