Penjagaan Batik Sutera




TEKNIK MENGEKALKAN MUTU BATIK SUTERA ANDA!

Memiliki batik sutera yang cantik, halus buatannya dan tinggi nilai seninya tidak akan membawa makna jika tidak dijaga dengan betul.
Untuk menghasilkan batik lukis ini sahaja memakan masa yang lama. Memilikinya pula dengan pelaburan yang agak tinggi.
Jadi tidak salah jika pemilik batik sutera mempelajari teknik menjaga batik sutera mereka agar warna tidak pudar dan tidak kehilangan sinarnya.

Penghasilan batik lukis menggunakan teknik di mana warna memasuki ke dalam serat benang melalui serapan. Serapan warna pada batik sutera mudah berubah jika tidak dijaga dengan cara yang betul.







FAKTA DAN ELEMEN PENTING DALAM PENJAGAAN BATIK
SUTERA ANDA!

Perlu Buat:

:: Direndam di dalam air suam bersuhu 30-50C.

:: Boleh juga menggunaka syampu bayi (saranan 3 sudu makan : sebaldi air).

:: Semasa membilas, pastikan pH air berkeadaan asid/alkali (pH 6/8). Ini akan menjadikan sutera anda lebih lembut dan bersinar.
Saranan: campurkan garam dan perahan limau pada bilasan terakhir anda.
:: Pelembut kain juga boleh digunakan tetapi dalam jangkamasa 10-15 minit sahaja.

:: Gantungkan jauh dari sinaran terus cahaya matahari.

:: Panaskan seterika mengikut suhu yang dikhaskan untuk kain sutera. Kain tidak boleh terlalu kering dan tidak terlalu lembap apabila diseterika.

Petua: Masukkan sutera anda ke dalam peti sejuk 15 minit sebelum diseterika. Hasilnya, menggosok lebih mudah dan kain kekal berseri.

:: Gantung dengan penyangkut baju dan selubungi dengan pembalut pakaian khas untuk sutera. Ini bagi mengelakkan serangga-serangga yang gemar hinggap pada sutera akan merosakkannya.




Jangan Buat:

:: Jangan direndam terlalu lama. Maksimum 30 minit sahaja.

:: Elakkan sama sekali serbuk pencuci.

:: Elakkan sama sekali penggunaan berus.
:: Elakkan sama sekali penggunaan agen peluntur. Ini akan mereputkan sutera anda.

:: Jangan memerah sutera anda. Ini akan merosakkan aluran benangnya.
Pantang: Fabrik sutera tidak boleh bersentuh dengan spirit atau alcohol. Ini bermakana elakkan menyembur terus minyak wangi ke atas sutera anda! Semburan pewangi beralkohol akan menyebabkan sutera berkedut dan sekali berkedut ia tidak akan kembali ke asal lagi!